Friday, January 31, 2020

Promo Tupperware Malaysia Katalog Terbaru Februari 2020

Assalam.
januari berakhir dengan bergaya. Team Power mengekalkan prestasi luar biasa dengan jualan hampir setengah juga. Rahsianya adalah kesepaduan semua director yang gigih menggunakan formula terbaru. Nak tahu ? Jom jadi ahli Team kami..

Ini adalah katalog terbaru bulan februari Tupperware Malaysia
Jom cuci mata dan jika order dengan Pakcik
www.wasap.my/60123993947/saya+nak+beli+tupperwarw+februari
www.wasap.my/60123993947/saya+nak+beli+tupperwarw+februari



























Wednesday, January 29, 2020

Kisah dari Zero To Hero : Lelaki ini Part time sahaja mampu menjana pendapatan 5 angka sebulan

DIA BUAT MACAM MANA ?

Ramai betul orang whats app dan bertanya, macam mana dan apa cara pakcik dapat order yang banyak dan customer tak pernah putus. Walhal, pakcik hanya buat perniagaan ini secara santai dan PART TIME sahaja. Apa Rahsianya ?

Pakcik masa mula mula masuk bisnes ini dulu pun macam anda semua juga. Newbie dan tak tahu apa apa. Pakcik sendiri cari mentor dan start belajar dari dia. Walaupun dia hanya cikgu tadika, pakcik kosongkan kepala pakcik supaya ilmu dari mentor itu masuk dan terserap. Pakcik ikut apa aktiviti dia dan pakcik hanya FOLLOW cakap dia. Apa dia suruh pakcik buat dan pakcik ikut sahaja step yang di ajar. Pakcik tak melawan dan tak pernah nak bagitahu, pakcik lagi BAGUS dengan cara pakcik sendiri. Pakcik PATUH dengan cakap mentor pakcik. Kalau kita rasa kita bagus. Ilmu dari orang yang lebih makan garam tak akan datang !!

Mentor macam mak-mak yang lahirkan kita, dia dah cukup hebat dan boleh hidup  bertahan malah meletop dengan pencapaiannya dan pakcik sangat terinspirasikan dia lantas pakcik gunakan segala cara dia dan ia memang TERBUKTI menjadi !!

KENAPA PAKCIK IKUT CAKAP MENTOR ?

** Sebab Mentor pakcik dah SHOW RESULT dia yang hebat luar biasa. Champion kat Malaysia, menjadi queen of Tupperware selama 10 kali terus menerus. Apakah itu tak hebat ?? Sudah tentu cara dia TERBUKTI dan ikut sahaja cara dia dan kita akan berjaya

** Sebab dia nampak apa yang kita boleh buat dan potensi kita jauh dari apa yang kita sangka. Mentor dapat lihat kemampuan kita. Bila dia fokus kepada kita, maknanya dia mahu kita berjaya. Duplikasi kehebatan akan transfer kehebatan itu pindah kepada kita.

Pakcik bertuah dilahirkan dalam keluarga ASG yang memang hebat luar biasa.
Pakcik juga start dari bawah dan bermula dengan komisen RM44.80 pada bulan ke 3, bulan 1 dan 2 blue blue dan merangkak nak belajarb macam macam. Namun, pakcik tak GIVE UP. Pakcik terus ikut step dan apa yang mentor ajar pakcik sehingga pakcik sendiri tak percaya apa yang pakcik ada pada waktu ini. Bertahan dalam industri selama 11 tahun dengan 5 figure income setiap bulan memang satu benda yang pakcik rasa mustahil.

Pakcik hanya pegang konsep “BINA NETWORK - Bantu orang jadi macam U !!” Itulah pesanan keramat mentor pakcik sehingga dah tertanam dalam kepala pakcik.

Lantas, pakcik mengorak langkah menjejaki ramai orang yang ada keinginan yang sama dan ada usaha yang kuat untuk follow step pakcik. Memang tak dinafikan dalam medan pertempuran, anak anak pakcik yang tak kuat persiapan bertempur akan tewas. Mereka ada yang cabut lari dari gelanggang pertempuran dan ada juga yang terkorban. Itu lumrah kerana mereka tak cukup lagi kuat untuk persiapkan diri dengan azam yang membara. Namun, dari ramai ramai tentera itu, akan muncul juga pahlawan yang hebat dan mantap. Mereka ada POWER yang mereka cipta sendiri iaitu KENTAL JIWA.

Selepas 2 tahun sahaja, pakcik sudah mampu naik stage setiap tahun mendapat award dari Tupperware Malaysia dan pakcik sudah dikenali. Apakah yang pakcik lakukan ? Apakah STEP yang pakcik dapat sehingga pakcik boleh meroket dengan REKOD pakcik yang part time dan TANPA STOKIS boleh menghasilkan sales sebulan RM680k. Pakcik sendiri rasa nak pengsan bila dapat angka itu. Namun, bila kita dapat bantu ramai orang untuk berjaya. Kita akan berjaya !! Itu Pasti.

Pakcik nak kongsi RAHSIA ini kepada anda yang mahu sahaja untuk tahu. Pakcik memang tak akan cas apa apa kepada class coaching yang pakcik buat. Ini semua adalah ilmu yang pakcik dapat dari mentor dan pakcik nak turunkan kepada anak anak pakcik sahaja. Tujuannya, pakcik nak anda juga macam pakcik, dapat step yang dah TERBUKTI berjaya.

Jadi, jom sertai TEAM PAKCIK. Whats app Group #4 akan pakcik buka untuk  sesi kemasukan newbie baru bulan Februari 2020. Lekas click dan JOIN ya. Kunci ditangan anda. Pakcik hanya menyeru andai posting ini sampai kepada anda Allah yang permudahkan.

Click sini ya..

www.wasap.my/60123993947/join+team+pakcik

www.wasap.my/60123993947/join+team+pakcik

www.wasap.my/60123993947/join+team+pakcik

Yang Ingin Membantu,

Syamputra Razali
~ Zero to Hero

#kisahpakcik
#pakciktupperware












Monday, January 20, 2020

Tong keropok Tall Canister 10liter : memang best sangat letak kerepok

Suami MARAH sebab KEREPOK cepat LIMAU.

Benci .. benci .. benci..
Dah penat penat goreng keropok.. bila bagi laki ngan anak anak makan semua komplen.. “tak rangup la.. lemau la.. bau lipas lah”

Itu dulu...
Masa akak guna TONG keropok yang tutup longgar. Memang betul ada lipas dan semut masuk. Padanlah laki marah..

Sekarang.. bila Tupperware dah keluarkan TONG Tupperware serbaguna. Akak jadi tak tentu arah. Memang tak boleh MOVE on.. First day dah beli dah tong tupperware ini.

Kekadang akak letak keropok kembang. Bila orang datang, akak jadikan tempat buat air. Senang buat Cocktail. Latest akak beli letak beras 5 kilo. Memang lebih dari muat sebab tong nie 10 liter.

Kekadang kalau akak dah naik hantu dengan anak anak. Memang akak jadikan tong ini GONG akak. Satu rumah bergegar.

Oklah. Akak nak bagitahu, akak suka dan jatuh cinta ngan tong nie. Kalau korang nak beli.. boleh contact ngan PAKCIK Tupperware

Akak rekemen beli dengan dia. Dah la hensem. Baik hati plak tu.

Click sini ya..

http://www.wasap.my/60123993947/Beli+Tall+Canister

Kalau korang nak terus ngan pakai tong lama.. silakan.. akak dan suami.. saling bahagia sebab TALL Canister ini.

~ Yang tak LIKE tu.. mesti jealous kan..












Thursday, January 9, 2020

Part time komisen Tupperware : pakcik nangis dalam gembira dapat 5 angka dah 11 tahun

SETIAP KALI 5 hb PASTI PAKCIK NANGIS.



Siapa tak nangis. Setiap kali 5 haribulan je, bila pakcik pergi ke tempat RIMAU jer. Pakcik click je “PERTANYAAN BAKI”.. jumlahnya semakin bertambah. Pakcik pun adakalanya bersorak sendiri “YESSSS!!” Mahu tak nyer, setiap bulan boleh buat deposit beli rumah. memang kalau boleh menjerit, pakcik dah jerit sekuat hati

Dah lama sebenarnya pakcik impikan keadaan senyum bila di depan Kotak Rimau ni. Dulu, bila pergi jer pasti pakcik dok berjampi konon konon nombor yang ada dipapan screen tu akan bertambah kosong. dah berpuluh tahun pakcik berjampi serapah, rupanya sampah sahaja dalam poket. bila keluar kertas yang cakap "BAKI TAK MENCUKUPI"

Bila dah pulang dari bank dengan mula pilu, minyak motor pun pakcik press pelan pelan supaya boleh jimat. pakcik dapat je bau kat mana majlis ada MAKAN FREE. kalau ada rezeki keluarlah beg plastik dan getah dalam poket seluar. manalah tahu boleh tapaw bawak balik.

bertahun tahun pakcik berkeadaan yang macam tu, ditambah pula bila pakcik dapat berita gembira. Kredit KAD "Approve". memang bulan tu juga all out guna bayar sana sini. akhirnya dah full kad yang pertama. kemudian apply yang ke-2 dan kemudiannya sama juga, FULL juga. apply lagi yang ke-3 dan ke-4. semua yang pernah pakcik ada iaitu 5 kad yang membuatkan kepala pakcik pening nak gali kat mana lubang emas supaya dapat duit banyak.

Start lah pakcik acara DIET. bila orang tanya "syam, kenapa tak makan?" pakcik jawap "Diet". walhal, dalam poket memang yilek (kosong). memang lebihkan air dan makan sehari sekali. kalau dah tak tahan sangat, beli lah meggie yang tak ada perisa. dan goreng dengan minyak ayam. meggie yang ada perisa mahal. meggie yang kosong tu jauh lebih murah. setiap minggu, start pergi tesco jam 10 malam. masa tu roti dan ikan yang dah expired mereka jual dengan harga lelong. memang beli lah ayam dan juga ikan yang dah lebam. makan lah selagi boleh.

Begitulah pakcik 11 tahun lepas, memang kais pagi makan pagi, kais petang makan malam. Memang pakcik idamkan rumah sendiri dan kereta besar serta nak pergi melancong sana sini. Nak juga bagi mak ayah gaji bulan banyak banyak dan mereka boleh beli apa sahaja yang mereka suka. itu impian pakcik.

setelah pakcik bertemu bisness ini, ramai cakap " boleh kaya ker jual tupperware?" malah, ramai juga downline pakcik yang move to other business sebab tengok bisnes ini sangat sangat beri pulangan kecil. yang mereka nampak adalah 1% dari faedah dan mereka tak nak tanya pun orang yang dah bertahun tahun dalam bisness ini. pakcik dah tengok beberapa orang. hidup mewah dengan rumah dan impian besar mereka tercapai.

Dunia perniagaan kini dah jauh berbeza. dah tak perlu buka kedai, tak perlu nak buat flyers promosi beribu riban, Dunia niaga adalah dunia kepercayaan dan keyakinan orang tentang kita. sejauh mana kita dikenali dan sejauh mana kita aktif dan fokus kepada 1 bisness. Nak niaga banyak bisness boleh jer,, cuma, apakah kita dah berjaya dengan 1 bisness. tamak nak kaya tu boleh. cuma nasihat pakcik kepada diri sendiri agar jadi PAKAR dalam bisness yang ada ini. bila dah paham selok belok niaga. Niaga TAIK LEMBU pun pasti ada orang beli.

pakcik dah hampir 11 tahun dalam bisnes Tupperware sehingga nafas orang yang bercakap dengan pakcik tentang Tupperware pun pakcik dah tahu dia ada potensi atau tidak.

Semangat dan impian memang perlu. ia perlu seiring dengan TINDAKAN. tindakan kita akan menentukan hasil. Orang yang ada daya USAHA sahaja yang digelar USAHAwan. kalau dia ada angan angan sahaja, dipanggil HAIwan.

Pakcik nak buka 1 class Online yang ke 3 di whats app group memandangkan dah ada 2 Group yang penuh. Pakcik mencari Newbie yang nak mencuba bisness yang produk dah pun 55 tahun di Malaysia. produk yang ada jenama dan dipercayai.

pakcik mohon untuk hubungilah pakcik..

caranya adalah.. click pautan yang pakcik bagi diruangan komen dibawah

pakcik sangat sangat berharap anda merebut peluang ini.

yang sayang kamu,

Syamputra Razali
guru besar Tupperware